SEJARAH DAN ASAL USUL JERANTUT
Jerantut merupakan sebuah pekan di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 200 km dari Kuala Lumpur dan 180 km dari Kuantan. Jerantut juga memiliki nama yang sama bagi daerahnya. Keluasan keseluruhan Jerantut ini ialah 7,563.46 km persegi dan merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang.
SEJARAH
Sepanjang yang diketahui mengikut cerita dan sejarahnya nama Jerantut telah disebut dan diguna pakai semenjak zaman dahulu kala iaitu pada masa sebelum pemerintahan Sultan Ahmad (Wan Ahmad) Sultan Pahang yang pertama. Sultan Ahmad menaiki takhta memerintah Negeri Pahang selepas selesai perang saudara antara Wan Ahmad dengan Tun Mutahir di Pulau Tawar.
Wan Ahmad mengatur strategi dan menyerang Pekan dengan bantuan padu dan tenaga yang banyak dan kuat untuk menawan Pulau Tawar daripada dikuasai Tun Mutahir, apabila mendapat sokongan besar orang-orang besar kawasan dan ketua-ketua penduduk tempatan daripada berbagai puak dan lapisan yang setia kepadanya dari semua kawasan sebelah Ulu Pahang, iaitu dari kawasan Temerloh dan Semantan yang diketuai oleh Pahlawan Dato’ Bahaman, dari kawasan Lipis, Jelai dan Semantan Ulu Raub diketuai Dato’ Raja Jelai Wan Mahmud dan dari kawasan Jerantut dan sekitarnya diketuai oleh Dato’ Gajah Iman Rasu Abdul Salam atau Tok Gajah.
ASAL USUL
Berdasarkan cerita orang tua-tua, asal usul perkataan “Jerantut” daripada perkataan “Jeram” dan “Tut” yang diambil daripada nama orang “Awang Tut” yang sering mengail di kawasan jeram di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya perkataan “Jerantut” Pekan ini dipanggil “Simpang Empat” iaitu suatu tempat di mana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu bersilang dengan jalan raya dari Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914, nama “Simpang 4” ditukar kepada “Jerantut”.
TOKOH PEJUANG MELAYU
1. Mat Kilau – Mukim Pular Tawar
2. Pawang Nong – Mukim Ulu Cheka
KAWASAN JERANTUT
Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. Sebahagian daripada kawasan-kawasan FELDA dan Kampung Tradisional termasuk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) iaitu kawasan-kawasan seberang Sungai Pahang dan Sungai Tembeling (daripada sempadan Temerloh/Mukim Burau hingga ke Kg. Merting di Mukim Tembeling).
Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut yang mana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Antara kawasan yang dimasukkan ialah :
- Kawasan sekitar Bandar Jerantut hingga ke Jerantut Feri.
- Kawasan ½ batu jalan menghala ke Temerloh sehingga sempadan Jerantut/Temerloh.
- Kawasan ½ batu dari Jerantut Feri menghala ke Sungai Siam.
- Kawasan ½ batu Jalan Simpang Pulau Tawar ke Bukit Nikmat Utara.
- Jalan Kuala Teh ke Kuala Tembeling/Sempadan Lipis.
- Jalan ½ batu, Batu 1 Jalan Benta hingga ke Sempadan Lipis.
- Jalan Simpang Damak ke Ulu Cheka.
Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan ialah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi.
Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan ialah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi. Manakala selebihnya iaitu 90.21 km persegi telah diwartakan sebagai kawasan kawalan. Pihak Majlis Daerah Jerantut telah mengenakan cukai serta memberi perkhidmatan perbandaran di kawasan-kawasan operasi. Kawasan-kawasan yang selebihnya tidak diberi perkhidmatan perbandaran tetapi dikawal dari segi pembangunan.
KAMPUNG DAN MUKIM
- Mukim Tahan
- Mukim Ulu Tembeling
- Mukim Kuala Tembeling
- Mukim Teh
- Mukim Damak
- Mukim Pedah
- Mukim Ulu Cheka
- Mukim Burau
- Mukim Tebing Tinggi
- Mukim Tembeling Tengah
- FELDA Kota Gelanggi 1
- FELDA Kota Gelanggi 2
- FELDA Kota Gelanggi 3
- FELDA Kota Gelanggi 4
- FELDA Algicalture Kota Gelanggi 5&6
- Kampung Sungai Mai
- Kampung Sungai Kiol
SEJARAH FELDA
Pembangunan Awal FELDA
FELDA ditubuhkan pada tahun 1956, menjelang Merdeka. Dari detik permulaan secara kecil-kecilan organisasi ini telah berkembang menjadi suatu organisasi raksasa. Kini, rancangan-rancangan yang diselenggarakannya meliputi lebih daripada setengah juta hektar dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA yang terdiri daripada peneroka, pekerja FELDA dan pekerja kontrak serta keluarga masing-masing.
Sejak tahun 1960, FELDA yang ditubuhkan untuk pembangunan kawasan pendalaman yang lebih terpencil di negara ini, telah pula sendiri bertanggungjawab secara langsung dalam usaha pembangunan.
Kerajaan-kerajaan negeri menyerahkan segala hak ke atas tanah untuk diusahakan kepada FELDA yang seterusnya menjadi agensi yang bertanggungjawab memajukannya kepada suatu kawasan pembangunan yang intergrated sepenuhnya.
Pembukaan Awal
Sehingga tahun 1995, sebanyak 80 rancangan telah dibuka dengan keluasan 164,023 hektar; 79% ditanam sawit, 15% dengan getah dan 6% di bawah kawasan perkampungan.
Rancangan pertama yang dibuka ialah Rancangan Lurah Bilut yang ditanam dengan getah iaitu pada tahun 1958. Manakala Rancangan Taib Andak merupakan rancangan FELDA pertama ditanam dengan sawit iaitu pada tahun 1961.
Latar Belakang
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FELDA adalah sebuah agensi pembangunan tanah yang utama di Malaysia. FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956 hasil daripada syor Jawatankuasa Kerja Kerajaan.
Tujuan FELDA ditubuhkan pada masa itu adalah untuk membantu pihak kerajaan melaksanakan rancangan pembangunan kawasan pedalaman dan membantu meningkatkan status ekonomi serta taraf hidup masyarakat di kawasan luar bandar.
Pada asalnya, FELDA berfungsi sebagai sebuah lembaga yang menguruskan dan menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan rancangan pembangunan tanah di negeri masing-masing, selain daripada menyelaraskan pembangunan tanah di negeri berkenaan termasuk perpindahan penduduk antara negeri.
Kemudian fungsi FELDA telah diperluaskan oleh kerajaan dan mulai tahun 1961, FELDA telah diamanahkan oleh kerajaan untuk melaksanakan sendiri rancangan-rancangan pembangunan tanah dan pembangunan penempatan di seluruh negara.
Sehingga kini, FELDA telah membuka dan membangunkan lebih kurang 480 buah kawasan baru berjumlah seluas 853,313 hektar yang dijadikan sebagai kawasan pertanian, perladangan dan penempatan. Seramai 112,635 jumlah orang telah dipilih sebagai peneroka daripada kalangan masyarakat pedalaman dan luar bandar yang miskin dan tidak bertanah. Mereka dan keluarga mereka masing-masing semuanya telah ditempatkan semula di penempatan-penempatan baru.
Pembangunan tanah dan pembangunan penempatan di kawasan pedalaman, yang mana merupakan sebahagian besar daripada kawasan di Malaysia pada masa itu, telah membawa kepada perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial serta membawa kepada kestabilan politik negara pada masa kini.
Melalui rancangan-rancangan pembangunan tanah dan penempatan yang dilaksanakan, FELDA telah dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar serta dapat merapatkan jurang perbezaan kualiti hidup antara penduduk bandar dan luar bandar.