KELAB WARGA EMAS
Pendahuluan :
Kelab warga emas ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pengalaman kepada warga emas berkenaan dengan kehidupan harian,kesihatan dan kehidupan berkomuniti.Selain itu dengan wujudnya kelab ini dapat merapatkan hubungan antara warga emas dan komuniti kesihatan di Felda Padang Piol.
Visi :
Mewujudkan warga emas yang produktif untuk Negara di dalam usia emas.
Misi :
Bertindak untuk menjadikan warga emas yang berpengetahuan, aktif, dan berkualiti dalam menjalani kehidupan di usia emas.
Objektif Penubuhan :
- Menarik minat golongan warga emas untuk menjaga kesihatan sepanjang hayat.
- Memberi peluang dan ruang untuk golongan warga emas berkumpul, berkenalan, dan melaksanakan aktiviti bersama.
- Memberi peluang dan ruang untuk golongan warga emas berkongsi pengalaman dan pengetahuan.
- Memberi peluang dan ruang untuk golongan warga emas berkongsi kemahiran dan bakat.
- Supaya golongan warga emas tidak berasa tersisih.
- Supaya golongan warga emas dapat bersama dengan generasi muda / baru.
Keahlian :
– Sebulan RM5.00. Borang keahlian boleh didapati daripada Klinik Kesihatan Felda Padang Piol.