1. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG PIOL
SMK Padang Piol adalah merupakan sebuah sekolah kategori luar Bandar yang terletak kira-kira 25 km dari Bandar Jerantut, Pahang. Sekolah ini merupakan sekolah dalam kawasan penempatan Felda dan telah dibuka dengan rasminya pada 01 Januari 1977 dengan keluasan lebih kurang 4 hektar.
Pelajar-pelajar SMK Padang Piol majoritinya adalah terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Padag Piol. Manakala sebahagian kecil adalah dari kampong-kampung tradisional yang berhampiran dengan Felda Padang Piol.
- Kampung Sungai Putat
- Kampung Gajah Mati
- Kampung Tanjung Betong
- Kampung Kelantan
Pada tahun pertama pembukaannya, SMK Padang Piol telah mengambil seramai 180 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 sahaja. Selama tiga tahun, SMK Padang Piol hanya menyediakan pendidikan pada peringkat menengah rendah sahaja. Menjelang tahun 1980 barulah SMK Padang Piol dapatt menyediakan pendidikan peringkat menengah atas.


2. SEKOLAH KEBANGSAAN (F) PADANG PIOL
Sekolah Kebangsaan (F) Padang Piol telah dibuka pada tahun 1971 dan bangunan sedia ada telah digunakan pada 01hb Februari 1971. Bangunan ini terletak di atas sebidang tanah seluas lebih kurang 3 hektar di kawasan Felda Padang Piol. Jarak sekolah ini ke Bandar Jerantut adalah 26km. Sekolah ini dibina dengan kemudahan 5 blok bangunan kelas, 1 blok bangunan kantin dan 1 blok makmal computer.
NAMA : SK (F) PADANG PIOL
DAERAH : JERANTUT
STATUS : SEKOLAH KERAJAAN
BIL. GURU : 42 ORANG
BIL. STAF SOKONGAN : 7 ORANG
BIL. ENROLMEN (2013) : 584 ORANG MURID (50 PRASEKOLAH)
BIL. BILIK DARJAH IKUT PELAN : 20 KELAS (MAKSIMUM)
BIL. KELAS PRASEKOLAH SEDIAADA : 2 KELAS
SESI : 1 SESI (PAGI)
KAWASAN : LUAR BANDAR (FELDA)


3. PDK SINAR HARAPAN
Definisi Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Pemulihan dalam Komuniti (PDK) merupakan satu kaedah pembangunan komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat.
Konsep PDK
- Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan
- Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan kominiti
- Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disishkan daripada keluarga dan komuniti
- Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka
- Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU
Objektif PDK
- Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan sikap bertanggungjawabmasyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya.
- Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.
- Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.
- Mengembleng sumber tempatan untuk pemuliahn sumber tempatan untuk pemuliha OKU
- Menggunakan insfrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
Sejarah penubuhan PDK
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.
Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil insiatif dengan kerjasama Kementeria Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU)
Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.
NAMA : PDK SINAR HARAPAN
DAERAH : JERANTUT
TARIKH/SEJARAH PENUBUHAN : 4 DISEMBER 2006
BIL. GURU : 1 ORANG (JKM),2 GURU,1 PEMBANTU
JUMLAH OKU : PDK : 15 orang
Lawatan ke Rumah : 8 orang
Jumlah : 23 orang
JENIS KATEGORI/KECACATAN : (1) Pekak Bisu : 2 kes
(2) Cacat Anggota : 3 kes
(3) Cacat Akal : 3 kes
(4) Down Sydrome : 3 kes
(5) Masalah Pembelajaran : 10 kes
(6) Cacat Penglihatan : 1 kes
(7) Lain-lain Kecacatan : 1 keS
KAWASAN : LUAR BANDAR (FELDA)
4. TABIKA KEMAS FELDA PADANG PIOL
Pengenalan
Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.
Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 4 jam mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Selain itu, KEMAS turut melaksanakan tambahan masa 2 jam (1 jam bagi setiap sesi) seminggu selepas waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kelas fardhu ain dan iqra’, Bahasa Inggeris, Muzik, Seni mempertahankan diri atau senaman dan seni tari mengikut keperluan.
Aktiviti Kokurikulum
Kokurikulum Mingguan:
Masa – 2 jam seminggu (1 jam setiap sesi selepas waktu kelas)
Aktiviti :
- Kelas Fardhu Ain/Iqra’
- Kelas Bahasa Inggeris
- Kompang/Percussion
- Seni mempertahankan diri
- Seni Tari/senamrobik
- Kokurikulum Tahunan :
- Hari Potensi/Hari Kecemerlangan
- Hari Sukan/Sukaneka/gotong royong
- Lawatan Pendidikan/3K



