PUSAT EKONOMI DIGITAL FELDA PADANG PIOL
APA ITU PUSAT EKONOMI DIGITAL ?
Pusat Ekonomi Digital adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya portal ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. Projek Pusat Internet ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan TM Berhad.
OBJEKTIF PENUBUHAN
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai titik permulaan bagi memperkenalkan rangkaian internet seperti kerajaan eletronik (e-government), rangkaian sekolah-sekolah (schoolnet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) kepada komuniti luar bandar. Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan kerajaan untuk mewujudkan masyarat Malaysia yang “celik IT” menjelang tahun 2020.
Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan info tempatan dimana isi kandungannya yang menjurus kepada maklumat Pusat Internet 1Malaysia. Matlamat-matlamat ini merangkumi tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Di masa akan datang, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti e-kerajaan (e-government), e-pembelajaran (e-learning), pengumpulan dan pertukaran maklumat, pusat komunikasi, pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perisian dan peperiksaan dan persijilan.
WAKTU OPERASI PUSAT EKONOMI DIGITAL
PERKHIDMATAN DI PUSAT EKONOMI DIGITAL
CAJ PENGGUNAAN DI PUSAT INTERNET
PUSAT EKONOMI DIGITAL FELDA PADANG PIOL
Pusat Internet Felda Padang Piol telah dirasmikan ketika hari bersama Pusat Internet Felda Padang Piol oleh YB Haji Nazlan Bin Idris,Ahli Parlimen Jerantut pada tarikh 10 November 2013.