mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Suku Tahun Ke-3 2017) – Nurul Farhana Bt Sansoni

mary kay1

 PENGEDAR BARANGAN MARYKAY

Nama : Nurul Farhana Bt Sansoni
Umur : 31 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Pn. Nurul adalah seorang petugas di Pejabat Khairat Kematian Felda Padang Piol. Selain dari tugas tersebut, beliau mempunyai minat di dalam bidang keusahawanan. Oleh itu, beliau mula menceburi secara kecil-kecilan menjual produk kecantikan jenama Mary Kay.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn. Nurul memasarkan produk jualannya kepada rakan-rakan di sekitar Felda Padang Piol. Pada kebiasaannya, beliau akan melakukan demonstrasi penggunaan produk di kalangan wanita semasa majlis-majlis yang dihadiri. Melalui kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau, ramai yang berminat untuk  mencuba produk jualannya.

Sebelum ini aktiviti jualan dilakukan secara konvensional sahaja.Selepas beliau cuba memasarkan produk tersebut melalui laman social Facebook, beliau mendapati terdapat permintaan terhadap produknya. Permintaan tersebut bukan sahaja dikalangan rakan-rakannya yang tinggal berhampiran, malah dari luar daerah juga.  Memandangkan berlaku peningkatan permintaan, beliau mengambil kesempatan dengan menyertai program-program keusahawanan anjuran Pusat Internet 1Malaysia Felda Padang Piol bagi menambah pengetahuan berkenaan pengurusan produk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau merasakan dengan memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini laman sosial .Namun begitu, aktiviti demonstrasi produk masih diteruskan bertujuan meyakinkan pelanggan yang ingin menggunakan produk tersebut. Penjualan secara fizikal akan diteruskan juga kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara atas talian. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI1M Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan yang diperolehi sekarang ini sekitar RM 300.

Pn. Nurul ketika menyertai salah satu program keusahawanan yang dianjurkan oleh PI1M Felda Padang Piol.

mary kay2

Sebahagian daripada produk jualan.

mary kay3

Paparan Dashboard Myshop milik Pn. Nurul untuk aktiviti jualan produknya.