PENGEDAR BARANGAN AVON
| Nama | : Khatijah Binti Kassim |
| Umur | : 55 tahun |
| Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Pn. Khatijah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sebelum memulakan perniagaan barangan AVON, beliau hanyalah seorang pengguna setia kepada jenama tersebut. Oleh kerana beliau seorang yang aktif menyertai aktiviti komuniti, jadi beliau mengambil peluang membantu para wanita yang ingin mendapatkan barangan jenama tersebut tanpa perlu keluar ke bandar yang terletak lebih kurang 11km jaraknya dari Felda Padang Piol.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pn. Khatijah menjalankan perniagaannya dengan menggunakan motorsikal sahaja. Beliau membawa barangan jualan ke majlis-majlis yang dihadiri atau mengikut permintaan pelanggannya. Permintaan adalah dari sekitar Felda Padang Piol dan kampung-kampung berhampiran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas beliau cuba memasarkan produk tersebut melalui laman sosial Facebook dan Whatsapp, beliau mendapati terdapat permintaan terhadap produknya. Permintaan tersebut bukan sahaja dikalangan rakan-rakannya yang tinggal berhampiran, malah dari luar daerah juga. Memandangkan berlaku peningkatan permintaan, beliau mengambil kesempatan dengan menyertai program-program keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Padang Piol bagi menambah pengetahuan berkenaan pengurusan produk beliau. Keuntungan yang diperolehi sekarang ini sekitar RM 500.
Puan Khatijah Kassim ketika menerima Anugerah
