mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 2(Suku Tahun Pertama 2020) – Abd Aziz Bin Ahmad

a2020

USAHAWAN PEWANGI KERETA

Nama : Abd Aziz Bin Ahmad
Umur : 33 tahun
Ahli : 2016

 

LATAR BELAKANG

Encik Aziz merupakan anak peneroka disini. Beliau berusia 33 tahun dan masih bujang. Beliau bekerja di Petron Felda Padang Piol dan telah berkhidmat lebih kurang 5 tahun.

Beliau mula berjinak untuk berniaga perfume kereta selepas kawan beliau menyuruh menjadi stokis untuk  produk DYURA Air Freshener dan pada masa yang sama beliau bekerja di Petron dan menjadi tarikan pemandu kereta untuk membeli.

Beliau pada awalnya berasa malu untuk menjual kerana tidak mempunyai pengalaman berniaga tetapi beliau tetap berusaha dan rajin mencuba untuk berniaga dan juga menambah pendapatan beliau. Oleh kerana minatnya dalam bidang perniagaan, beliau mempelajari serba sedikit cara untuk mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih meluas.Beliau juga sering mengikuti setiap aktiviti yang dilakukan di Pusat Internet.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Encik Aziz mulanya hanya menjual di stesyen minyak Petron di Padang Piol sahaja.Dari hari ke hari beliau mencuba untu mempromosikan dari pelanggan di sana apabila mengisi minyak, dan mendapat sambutan daripada pelanggan beliau. Apabila beliau mempromosikan pewangi kereta tersebut kepada pelanggan  disana semestilah ada yang menerima dengan baik dan menolak juga dengan baik. Hal ini tidak memutuskan semangat beliau untuk berniaga kerana beliau percaya tidak ada yang mudah dalam kehidupan.

Oleh itu, beliau  bertemu dengan petugas di Pusat Internet  Felda Padang Piol untuk mempelajari cara-cara menjual secara atas talian seperti di Facebook. Beliau sedar, pada zaman yang serba moden ini, internet sangat penting untuk kehidupan seharian. Oleh itu beliau mengambil masa yang terluang dengan mempelajari daripada Petugas Pusat Internet akan cara-cara untuk memasarkan produknya dengan menyertai latihan keusahawanan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran beliau

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook atau di laman membeli belah Shoppe. Namun begitu, penjualan secara fizikal akan diteruskan kerana ketika inilah peluang saya untuk mempromosikan kaedah jualan secara online oleh syarikat beliau. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar Berjaya membuat jualan secara atas talian

APA YANG DIPELAJARI MELALUI PI

  • = Memasarkan produk melalui laman sosial seperti facebook & whatsapp story
  • = Belajar menjual menggunakan laman membeli belah Shoppe.
  • = Memasarkan produk melalui Myshop (Dashboard)
  • = Kaedah mengambil gambar produk dengan betul

 

b2020

c2020

 Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.