mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 2 (Suku Tahun Pertama 2018) – Syamsul Bin Mohd Ali Hanapiah @ Hamid

SYAMSUL 1

 

PERNIAGAAN PENTERNAKAN

Nama : Syamsul Bin Mohd Ali Hanapiah @ Hamid
Umur : 41 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En. Syamsul memulakan perniagaannya sekitar tahun 2016. Beliau merupakan seorang kakitangan di Klinik Kesihatan Felda Padang Piol. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap bidang ternakan, beliau menceburi penternakan rusa secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada asalnya penternakan yang dijalankan adalah atas dasar memenuhi minat sahaja. Namun begitu, terdapat permintaan terhadap daging rusa dan kambing yang diternaknya sehingga beliau terpaksa meluaslkan kandang dan mengupah pekerja bagi membantunya menguruskan ternakan. Sebelum ini sasaran beliau hanyalah komuniti di sekitar tempat tinggalnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook .Namun begitu, penjualan secara fizikal masih diteruskan kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara online. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas Pusat Internet Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan yang diperolehi sekarang ini sekitar RM300.

SYAMSUL 3

SYAMSUL 2

Sebahagian produk yang dijalankan oleh beliau.