mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 2 (Suku Tahun Ketiga 2019) – Estine Binti Tuiman

E1

PERNIAGAAN/PERUSAHAAN MAKANAN

Nama : Estine Binti Tuiman
Umur : 26 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Estine sudah berkhawin dan mempunyai 2 orang anak. Beliau merupakan surirumah tangga dan  menantu kepada peneroka di sini. Beliau asalnya dari Temerloh dan merupakan graduan dari Kolej Teknologi YPC-iTWEB di Kuala Lumpur. Puan Estine  minat dalam bidang masakan. Beliau pada mulanya telah mengikuti kelas pembuatan roti dan kek dan juga mengikuti kelas masakan “western”  yang dibuat di bandar Jerantut.Oleh kerana minatnya dalam bidang masakan, beliau mencuba membuka perniagaan secara kecil-kecilan di rumah dengan membuat makanan seperti mee kari dan makanan western seperti chicken chop badjet. Beliau juga mengambil pinjaman Amanah Iktihar Malaysia untuk memulakan modal  perniagaan yang beliau jalani sampailah sekarang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau sedar, pada zaman yang serba moden ini, internet Puan Estine pada mulanya memulakan perniagaan seperti biasa dirumahnya sendiri. Beliau membuat secara kecil-kecilan sahaja dengan mengambil tempahan melalui kawan-kawan yang mengenali beliau sahaja. Beliau sedar untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan bukanlah mudah. Beliau sedar sekarang merupakan dunia teknologi maklumat, semuanya hanya dihujung jari sahaja. Oleh itu,beliau memasarkan produk beliau di laman sesawang facebook dengan meletak gambar-gambar makanan yang beliau jual  danterus mendapat sambutan dari rakan-rakannya.

sangat penting untuk kehidupan seharian. Oleh itu beliau mengambil masa yang terluang dengan mempelajari daripada Petugas Pusat Internet akan cara-cara untuk memasarkan produknya dengan menyertai latihan keusahawanan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran beliau .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook sahaja. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas Pusat Internet  Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Beliau juga diajar untuk mempromosikan lebih banyak makanan beliau di laman sosial seperti Facebook, whatsapp, dan whatsapp story dan sebarang tempahan boleh hubungi terus pada nombor yang diberi pada setiap keterangan dan beliau boleh menghantar makanan yang ditempah pelanggan terus kerumah pelanggannya.Ini juga merupakan srategi untuk meningkatkan jualan beliau.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

  • 1.Membina blog/Facebook
  • 2.Cara mempromosikan produk beliau di Facebook
  • 3.Memasarkan produk melalui Myshop (Dashboard Komuniti)
  • 4.Kaedah mengambil gambar produk dengan betul

 

Puan Estine ketika sesi latihan Keusahawanan di Pusat Internet.

E2

E3

E4

E5

Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.