Keusahawanan 2(Suku Tahun Keempat 2020) – Shahrinaniza binti Hassan
USAHAWAN MAKANAN KERING
| Nama | : Shahrinaniza binti Hassan |
| Umur | : 33 Tahun |
| Ahli | : 2016 |
LATAR BELAKANG
Puan Shahrinaniza merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa dengan menjaga 3 orang anak hasil perkhawinan beliau dan suaminya. Suaminya bekerja sebagai staff di Kilang Sawit Felda Padang Piol dan kedua-duanya merupakan anak peneroka disini. Beliau mempunyai taraf pendidikan diploma kejuteraan elektronik di Polisas Kuantan.
Puan Shahrinaniza ini merupakan seorang yang kuat mencari duit tepi untuk kehidupan harian. Beliau dulu pernah menjadi dropship salah satu produk dan akhirnya tidak mendapat sambutan. Sekarang beliau mempunyai produk sendiri untuk dijual secara online iaitu halal tteokbokki homemade yang dibuat sendiri oleh beliau dan juga mempunyai makanan korea yang lain yang dijual di sekitar kawasan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Puan Shahrinaniza pada asalnya mempunyai akaun sosial nya sendiri seperti Facebook. Dari situ la beliau mempromosikan produk beliau secara kecil-kecilan di facebook dan juga “whatsapp story”. Sebagai seorang suri rumah, dari situlah duit tambahan beliau sekeluarga jika beliau membuka tempahan makanan korea kepada penduduk setempat dan juga menjual secara atas talian produk tteokboki homemade.
Pada asalnya, beliau menggunakan facebook dan juga whatsapp sebagai tempat iklan untuk mempromosikan produk beliau, tetapi beliau sedar pada masa sekarang ramai pengguna dan pembeli lebih suka membeli secara atas talian dengan menggunakan platform jualan seperti Shopee dan juga Lazada yang terkenal di Malaysia pada masa kini. Beliau sedar sekarang pembelian barangan hanyalah dihujung jari sahaja tetapi beliau tidak mempunyai kemahiran untuk memulakan perniagaan secara atas talian ini.
Beliau telah datang ke Pusat Internet untuk belajar cara untuk menjual di shopee untuk mengembangkan perniagaan beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Setelah beliau mengikuti bengkel Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet , beliau telah memasarkan produk beliau di platform shopee. Beliau sedar dengan memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Dengan menggunakan platform jualan di Shopee, beliau hanya perlukan masa beberpaa minit sahaja untuk mempromosikan jualan beliau dengan menekan butang “ boost now” dan Shopee akan membuat iklan secara automatik di platform Shopee. Dengan ada nya Platform Shopee ini, memudahkan kerja beliau dan juga turut mendapat pelanggan yang baru di serata negeri dan tidak semestinya rakan kenalan nya sahaja. Disamping itu, Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook,instagram dan juga “whatsapp story” .
Namun begitu, penjualan secara fizikal masih diteruskan kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara online. Setelah mempelajari serba sedikit selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan sebelum ini hanya sekitar RM1500-RM2000 tetapi dengan adanya platform Jualan di alam maya ini pendapatan beliau makin menaik lebih dari RM2000 keatas sebulan mengikut hasil jualan kebiasaanya.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI PI
- = Memasarkan produk melalui laman sosial seperti facebook & whatsapp story
- = Belajar menjual menggunakan laman membeli belah Shoppe.
- = Memasarkan produk melalui Myshop (Dashboard)
- = Kaedah mengambil gambar produk dengan betul
-
- = Mengetahui aplikasi telefon yang boleh mengubahsuai gambar.


- Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.