mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 2(Suku Tahun Keempat 2019) – Salihan bin Ahmad

17951722 600045923526277 2346216521977444518 n

USAHAWAN KEK & PASTRI

Nama : Salihan Bin Ahmad
Umur : 56 tahun
Ahli : 2013

 

LATAR BELAKANG

Encik Salihan telah memulakan perniagaan kek & pastry kira-kira 15 tahun yang lepas.Beliau pada mulanya hanya berniaga di pasar malam atau di pekan sehari tetapi dengan hasil titik peluh beliau dengan isterinya beliau telah mempunyai kedai kek sendiri yang cukup dengan peralatan yang digunakan. Isteri dan anaknya yang kedua  juga berminat dalam bidang kek & pastry ini dan telah mengikuti jejak langkah beliau. Beliau dan keluarganya sangat meminati bidang perniagaan. Beliau juga rajin mencuba pelbagai jenis aneka kuih yang boleh disejukbekukan untuk pasaran diluar.  Oleh kerana minatnya dalam bidang perniagaan, beliau mempelajari serba sedikit cara untuk mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih meluas.Beliau juga sering mengikuti setiap aktiviti yang dilakukan di Pusat Internet.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Encik Salihan pada mulanya hanya berniaga  secara manual sahaja di kedai milik beliau.Memandangkan berlaku peningkatan pada setiap tahun dalam permintaan terhadap produk kek & pastri dan produk sejukbeku beliau, beliau  bertemu dengan petugas di Pusat Internet  Felda Padang Piol untuk mempelajari cara-cara menjual secara atas talian di Shoppe dan juga di Facebook.Beliau  menyedari bahawa sekarang ini kebanyakan pelanggan mahukan cara yang lebih mudah untuk menempah samada kek, pastry atau biskut yang dihasilkan oleh syarikat beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook atau di laman membeli belah Shoppe. Namun begitu, penjualan secara fizikal akan diteruskan kerana ketika inilah peluang saya untuk mempromosikan kaedah jualan secara online oleh syarikat beliau. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar Berjaya membuat jualan secara atas talian

APA YANG DIPELAJARI MELALUI PI

  • = Memasarkan produk melalui laman sosial seperti facebook & whatsapp story
  • = Belajar menjual menggunakan laman membeli belah Shoppe.
  • = Memasarkan produk melalui Myshop (Dashboard)
  • = Kaedah mengambil gambar produk dengan betul

 

 Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.