USAHAWAN MAKANAN
Nama | : Najwa Syahirah Binti Salihan |
Umur | : 24 tahun |
Ahli | : 2013 |
LATAR BELAKANG
Najwa Syahirah berusia 24 tahun dan masih bujang. Beliau merupakan cucu kepada peneroka di Felda Padang Piol. Ibubapa beliau mempunyai kedai kek di sini. Beliau mula berjinak untuk mengikuti jejak ibubapa beliau sejak berusia 15 tahun lagi.
Selepas tamat SPM beliau mengikuti kursus bakery & pastry di sebuah kolej swasta.Selepas tamat kursus beliau terus berkhidmat dengan kedua ibubapanya di kedai kek disini. Beliau juga membuat penghantaran Hadiah kepada orang sebagai contoh Kejutan Hari Jadi, Kejutan Ulang Tahun Perkhahwinan dan lain-lain
Oleh kerana minatnya dalam bidang perniagaan beliau mempelajari serba sedikit cara untuk mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih meluas lagi.Beliau juga sering mengikuti setiap aktiviti yang dilakukan di Pusat Internet.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Cik Najwa pada asalnya mempunyai akaun sosial nya sendiri seperti Facebook. Dari situ la beliau mempromosikan perkhidmatan Penghantaraan Hadiah yang dibuat oleh belliau sendiri dan juga mempromosikan kek dan roti yang ada di kedai dari pelanggan setempat. Disitu beliau dapat mencari wang sendiri dan juga menambah pendapatan kedai kek milik keduaibubapa beliau .Beliau sedar dengan zaman sekarang ini internet sangat berguna kepada masyarakat kita, semua orang mempunyai laman sosialnya sendiri dan juga mempunyai aplikasi sosial untuk berhubung diantara satu sama lain.
Oleh itu, beliau berhubung dengan petugas di Pusat Internet Felda Padang Piol untuk mempelajari cara-cara untuk membuat “page” facebook sendiri dan juga laman sosial yangsat internet.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini laman sosial beliau supaya orang sekeliling yang mengikuti akan sentiasa tahu. Beliau juga membuat perkhidmatan penghantaran secara percuma dikawasan ini. Dengan ini juga, boleh menaikkan jualan beliau dan keluarganya. Tidak semestinya menjual kek dan membuat penghantaraan Hadiah kepada orang tetapi beliau juga sentiasa membuat menu yang baru ala “western” supaya menjadi penarik rezeki bagi mereka sekeluarga.
Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI Felda Padang Piol secara atas talian ini, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar Berjaya membuat jualan secara atas talian.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI PI
- = Memasarkan produk melalui laman sosial seperti facebook & whatsapp story
- = Belajar menjual menggunakan laman membeli belah Shoppe.
- = Memasarkan produk melalui Myshop (Dashboard)
- = Kaedah mengambil gambar produk dengan betul
Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.