mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 1(Suku Tahun Pertama 2021) – Siti Zubaidah Binti Ibrahim

kak bedah

USAHAWAN AGENT PRODUK KECANTIKAN

Nama : Siti Zubaidah Binti Ibrahim
Umur : 40 Tahun
Ahli : 2018

 

LATAR BELAKANG

Puan Zubaidah merupakan seorang ibu tunggal  yang mempunyai dua orang cahaya mata. Beliau kini tinggal bersama kedua ibubapa beliau di kampung ini. Beliau mempunyai banyak pekerjaan yang perlu dilakukan untuk menyara kedua anak beliau seperti pada waktu pagi menjaga kedai dobi dan pada waktu petang pula di gerai makanan. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang peniagaan oleh sebab itu lah beliau banyak menjadi dropship atau agent untuk produk-produk yang beliau rasa boleh mendapatkan pendapatan sampingan beliau. Sekarang beliau memfokuskan kepada produk keluaran SAFESHA SIMPLY dan menjadi agent untuk produk tersebut.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Puan Zubaidah bermula berniaga secara kecil-kecilan sahaja dengan mengambil stok barangan dengan stokis di bandar.  Kerana minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau berniaga secara konvensional sahaja seperti menjual kepada rakan-rakan di kampung dan beliau juga ada berniaga secara atas talian seperti mengiklankan di story whatsapp.

Selepas beliau cuba memasarkan produk tersebut melalui laman sosial seperti Facebook dan juga di whatsapp, beliau mendapati terdapat permintaan yang tinggi terhadap produknya. Permintaan tersebut bukan sahaja dikalangan rakan-rakannya yang tinggal berhampiran, malah dari luar daerah juga.  Memandangkan berlaku peningkatan permintaan, beliau mengambil kesempatan dengan menyertai program-program keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Padang Piol bagi menambah pengetahuan berkenaan pengurusan produk beliau.Sebelum ini juga beliau mengikuti bengkel Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti perniagaan di shopee.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Setelah beliau mengikuti bengkel Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet sebelum ini , beliau telah memasarkan sebilangan produk beliau di platform shopee. Beliau sedar dengan memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Dengan menggunakan platform jualan di Shopee, beliau hanya perlukan masa beberpaa minit sahaja untuk mempromosikan jualan beliau dengan menekan butang “ boost now” dan Shopee akan membuat iklan secara automatik di platform Shopee. Dengan ada nya Platform Shopee ini, memudahkan kerja beliau dan juga turut mendapat pelanggan yang baru di serata negeri dan tidak semestinya rakan kenalan nya sahaja.  Disamping itu, Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook,instagram dan juga “whatsapp story” .Namun begitu, penjualan secara fizikal masih diteruskan kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara online. Beliau juga sekarang aktif menjadi agent produk SAFESHA SIMPLY dan mencari orang bawahan beliau atau “dropship” untuk melariskan lagi jualan produk yang dijual oleh beliau.

Setelah mempelajari serba sedikit  selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan sebelum ini hanya sekitar RM500-1000 sahaja tetapi dengan adanya platform Jualan di alam maya ini  pendapatan beliau makin menaik lebih dari RM1000 keatas sebulan mengikut hasil jualan kebiasaanya.

APA YANG DIPELAJARI MELALUI PI

  • = Memasarkan produk melalui laman sosial seperti facebook & whatsapp story
  • = Belajar menjual menggunakan laman membeli belah Shoppe.
  • = Memasarkan produk melalui Myshop (Dashboard)
  • = Kaedah mengambil gambar produk dengan betul
    • =  Mengetahui aplikasi telefon yang boleh mengubahsuai gambar.

000

7777

6666666