mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 1(Suku Tahun Pertama 2020) – Junainah Binti Abu Bakar

12020

USAHAWAN BAKERI (ROTI HOMEMADE & KEREPEK)

Nama : Junainah Binti Abu Bakar
Umur : 37 tahun
Ahli : 2013

 

LATAR BELAKANG

Puan Junainah merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau merupakan anak peneroka di kawasan ini. Beliau juga aktif dalam bidang bakery (roti homemade) dan sering mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh syarikat atau agensi yang terlibat  seperti Empower Ecer Jerantut.Disamping itu, beliau rajin membuat roti homemade pelbagai jenis untuk menambah pendapatan keluarga jika terdapat permintaan dari orang sekeliling. Beliau juga membuat pelbagai jenis kerepek seperti kerepek pisang cheese untuk dijual. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, hal ini boleh terbukti dengan semangat beliau yang sering mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan dan ini boleh menambahkan ilmu pengetahuan beliau dalam bidang perniagaan.Oleh kerana minatnya dalam bidang perniagaan, beliau mempelajari serba sedikit cara untuk mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih meluas.Beliau juga sering mengikuti setiap aktiviti yang dilakukan di Pusat Internet.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Pada mulanya Puan Junainah hanya membuat roti homemode untuk keluarga beliau sahaja, dan mula mengagihkan kepada saudara mara beliau. Dan apabila beliau mencuba pelbagai jenis roti dan hasilnya mendapat tarikan daripada rakan-rakan beliau,dan mulalah tempahan secara kecil-kecilan daripada rakan-rakan beliau. Pada mulanya perniagaan beliau tidak lah mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk setempat kerana tidak diketahui oleh orang sekeliling, jadi beliau cuba untuk mempromosikan di dalam laman sosial seperti facebook dan juga di whatsapp.

Selepas beliau cuba memasarkan produk tersebut melalui laman sosial seperti Facebook, beliau mendapati terdapat tempahan yang banyak terhadap makanan yang beliau menjual. Permintaan tersebut bukan sahaja dikalangan rakan-rakannya yang tinggal berhampiran, malah dari luar kawasan juga. Beliau juga membuat pelbagai jenis kerepek untuk dijual. Memandangkan berlaku peningkatan permintaan untuk produk beliau, beliau mengambil kesempatan dengan menyertai program-program keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Padang Piol bagi menambah pengetahuan berkenaan pengurusan produk beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook dan juga “whatsapp story” .Namun begitu, penjualan secara fizikal masih diteruskan kerana
ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara online. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan yang diperolehi sekarang ini sekitar RM300 dan keatas.

APA YANG DIPELAJARI MELALUI PI

  • = Memasarkan produk melalui laman sosial seperti facebook & whatsapp story
  • = Belajar menjual menggunakan laman membeli belah Shopee.
  • = Memasarkan produk melalui Myshop (Dashboard)
  • = Kaedah mengambil gambar produk dengan betul

 

  Puan Junainah ketika menghadiri Latihan Keusahawanan di Pusat Inter

032020Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.