mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 1 (Suku Tahun Pertama 2019) – Nor Hidayah Binti Ismail

dayah1

PERNIAGAAN MAKANAN DARI RUMAH

Nama : Nor Hidayah Binti Ismail
Umur : 26 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Hidayah merupakan seorang surirumah tangga yang mempunyai dua orang cahaya mata. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pembuatan kek & roti. Oleh kerana minatnya dalam bidang itu, beliau telah mempelajari cara pembuatan kek & roti dan telah memasarkan rotinya kepada penduduk sekitar Felda Padang Piol secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn. Hidayah bermula secara kecil-kecilan sahaja kerana ingin mencuba membuat roti dan pada mulanya memberi sahaja kepada jiran-jiran dan rakannya untuk merasa akan hasilnya. Mereka terpikat dengan rasa dan kualiti roti yang dihasilkan olehnya, terdapat beberapa permintaan oleh rakan-rakan untuk membeli roti yang dihasilkan olehnya.

Sebelum ini aktiviti jualan dilakukan secara konvensional sahaja. Selepas beliau cuba memasarkan produk tersebut melalui laman social Facebook, beliau mendapati terdapat permintaan yang tinggi terhadap produknya. Permintaan tersebut bukan sahaja dikalangan rakan-rakannya yang tinggal berhampiran, malah dari luar daerah juga.  Memandangkan berlaku peningkatan permintaan, beliau mengambil kesempatan dengan menyertai program-program keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Padang Piol bagi menambah pengetahuan berkenaan pengurusan produk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook .Namun begitu, penjualan secara fizikal masih diteruskan kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara online. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan yang diperolehi sekarang ini sekitar RM300 dan keatas.

dayah2

dayah3

Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.