PERNIAGAAN MAKANAN
| Nama | : Nor Hadijah Bt Kudiran |
| Umur | : 31 tahun |
| Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Pn. Hadijah merupakan seorang suri rumah tangga dan ibu kepada seorang cahaya mata. Beliau ingin mengisi masa terluang dengan menambah pendapatan selain dapat membantu meringankan kos sara hidup kini. Oleh kerana beliau meminati bidang masakan, beliau cuba memasarkan donut buatannya kepada penduduk sekitar Felda Padang Piol.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pn. Hadijah bermula secara suka-suka sahaja dengan memberi hasil air tangannya kepada jiran-jiran. Terpikat dengan rasa dan kualiti donut yang dihasilkan olehnya, terdapat beberapa permintaan oleh rakan-rakan untuk membeli donut yang dihasilkan olehnya.
Sebelum ini aktiviti jualan dilakukan secara konvensional sahaja. Selepas beliau cuba memasarkan produk tersebut melalui laman social Facebook, beliau mendapati terdapat permintaan yang tinggi terhadap produknya. Permintaan tersebut bukan sahaja dikalangan rakan-rakannya yang tinggal berhampiran, malah dari luar daerah juga. Memandangkan berlaku peningkatan permintaan, beliau mengambil kesempatan dengan menyertai program-program keusahawanan anjuran Pusat Internet 1Malaysia Felda Padang Piol bagi menambah pengetahuan berkenaan pengurusan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook .Namun begitu, penjualan secara fizikal masih diteruskan kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara online. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI1M Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan yang diperolehi sekarang ini sekitar RM300.
Pn Hadijah ketika menyertai Program Usahawan.


Sebahagian produk yang dijalankan oleh beliau.
