USAHAWAN MAKANAN KERING
| Nama | : Noatikah Binti Md Saim |
| Umur | : 32 tahun |
| Ahli | : 2015 |
LATAR BELAKANG
Noatikah merupakan anak peneroka di kawasan ini. Beliau berusia 32 tahun pada tahun ini. Beliau merupakan usahawan sambal hitam dan juga membuat mini catering jika ada tempahan dari penduduk setempat.
Beliau mempunyai perniagaan sendiri yang berdaftar dengan SSM yang dinamakan iaitu Noatikah Enterprise. Beliau telah memulakan perniagaan beliau sejak 2014 lagi secara kecil-kecilan.Beliau merupakan seorang yang rajin berusaha untuk mencari wang saku sendiri untuk membayar keperluan harian beliau. .Beliau juga sering mengikuti setiap aktiviti yang dilakukan di Pusat Internet.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Pada asalnya beliau tidak begitu mahir dalam mempromosikan sambal hitamnya di laman sosial. Beliau selalu mempromosikan sambal hitam beliau di laman sosial seperti facebook dan juga whatsapp. Pada mulanya beliau berniaga, hanya menjual pada kenalan-kenalan beliau sahaja kerana ingin mencuba, selepas bertahun berniaga, beliau telah mempunyai agen-agen sambal hitam beliau sendiri. Tetapi beliau hanya menjual kepada agen-agen dan juga kenalan beliau sahaja.
Beliau sedar sekarang semuanya hanya dihujung jari. Sekarang terdapat pelbagai platform jualan secara atas talian seperti Shopee dan juga lazada. Beliau telah datang ke Pusat Internet untuk belajar cara untuk menjual di shopee untuk mengembangkan perniagaan beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Setelah beliau mengikuti bengkel Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet , beliau telah memasarkan produk beliau di platform shopee. Beliau sedar dengan memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Dengan menggunakan platform jualan di Shopee, beliau hanya perlukan masa beberpaa minit sahaja untuk mempromosikan jualan beliau dengan menekan butang “ boost now” dan Shopee akan membuat iklan secara automatik di platform Shopee. Dengan ada nya Platform Shopee ini, memudahkan kerja beliau dan juga turut mendapat pelanggan yang baru di serata negeri dan tidak semestinya rakan kenalan nya sahaja. Disamping itu, Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook dan juga “whatsapp story” .
Namun begitu, penjualan secara fizikal masih diteruskan kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara online. Setelah mempelajari serba sedikit selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan sebelum ini hanya sekitar RM2000-RM3000 tetapi dengan adanya platform Jualan di Shopee ini pendapatan beliau makin menaik lebih dari RM3000 sebulan mengikut hasil jualan kebiasaanya.
.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI PI
- = Memasarkan produk melalui laman sosial seperti facebook & whatsapp story
- = Belajar menjual menggunakan laman membeli belah Shoppe.
- = Memasarkan produk melalui Myshop (Dashboard)
- = Kaedah mengambil gambar produk dengan betul
-
- = Mengetahui aplikasi telefon yang boleh mengubahsuai gambar


- Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.
