USAHAWAN MAKANAN KERING
| Nama | : Ain Amira Bt Abd Rahim |
| Umur | : 31 tahun |
| Ahli | : 2020 |
LATAR BELAKANG
Ain Amira binti Abd Rahim adalah seorang surirumah tangga sepenuh masa.Beliau mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang berusia 4 tahun. Beliau mempunyai taraf pendidikan sarjana muda di Universiti Malaysia Pahang. Beliau juga merupakan anak peneroka di sini dan juga berkahwin dengan anak peneroka di sini.
Sejak 2 tahun yang lepas, beliau telah memulakan perniagaan sambal garing dan juga sambal hitam secara kecil-kecilan. Beliau mendapat ilham untuk memulakan perniagaan tersebut kerana mendapati terdapat permintaan dari penduduk setempat dan juga saudara mara beliau.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Puan Ain Amira pada asalnya mempunyai akaun sosial nya sendiri seperti Facebook. Dari situ la beliau mempromosikan produk beliau secara kecil-kecilan. Sebagai seorang suri rumah, dari situlah duit tambahan beliau sekeluarga jika mendapat permintaan sambal garing bonda dan juga sambal hitam bonda beliau.
Pada asalnya, beliau menggunakan facebook dan juga whatsapp sebagai tempat iklan untuk mempromosikan produk beliau, tetapi beliau sedar pada masa sekarang ramai pengguna dan pembeli lebih suka membeli secara atas talian dengan menggunakan platform jualan seperti Shopee dan juga Lazada yang terkenal di Malaysia pada masa kini. Beliau sedar sekarang pembelian barangan hanyalah dihujung jari sahaja tetapi beliau tidak mempunyai kemahiran untuk memulakan perniagaan secara atas talian ini.
Beliau telah datang ke Pusat Internet untuk belajar cara untuk menjual di shopee untuk mengembangkan perniagaan beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Setelah beliau mengikuti bengkel Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau telah memasarkan produk beliau di platform shopee. Beliau sedar dengan memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Dengan menggunakan platform jualan di Shopee, beliau hanya perlukan masa beberapa minit sahaja untuk mempromosikan jualan beliau dengan menekan butang “ boost now” dan Shopee akan membuat iklan secara automatik di platform Shopee. Dengan ada nya Platform Shopee ini, memudahkan kerja beliau dan juga turut mendapat pelanggan yang baru di serata negeri dan tidak semestinya rakan kenalan nya sahaja. Beliau juga diajar cara untuk menangkap gambar yang cantik dan juga cara untuk membuat “watermark” untuk setiap produk beliau supaya tiada orang lain menggunakan gambar yang diambil oleh beliau. Disamping itu, Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook dan juga “whatsapp story” .
Namun begitu, penjualan secara fizikal masih diteruskan kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara online. Setelah mempelajari Shopee ini dengan petugas Puast Internet, kini beliau lebih memahami akan jualan diatas talian dan beliau sedar sangat mudah untuk pembeli dan juga penjual dengan berurusan di platform shopee ini kerana semuanya hanya dihujung jari sahaja. Selepas membuka kedai atas taliain di Shopee ini selama dua bulan, jualan sudah mencecah 30 keatas.Selepas membuka kedai atas talian di Shopee ini selama dua bulan, jualan sudah mencecah 30 keatas.
Keuntungan sebelum ini hanya sekitar bawah RM200 tetapi dengan adanya platform Jualan di Shopee ini pendapatan beliau makin menaik lebih dari RM500 sebulan mengikut hasil jualan setiap bulan.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI PI
- = Memasarkan produk melalui laman sosial seperti facebook & whatsapp story
- = Belajar menjual menggunakan laman membeli belah Shoppe.
- = Memasarkan produk melalui Myshop (Dashboard)
- = Kaedah mengambil gambar produk dengan betul
-
- = Mengetahui aplikasi telefon yang boleh mengubahsuai gambar



- Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.
