USAHAWAN MAKANAN KERING
| Nama | : Noraini Bt Daud |
| Umur | : 44 tahun |
| Ahli | : 2015 |
LATAR BELAKANG
Puan Noraini merupakan seorang jururawat kesihatan di Klinik Kesihatan disini. Beliau berusia 44 tahun pada tahun ini. Beliau berkhawin dengan anak peneroka disini. Beliau mempunyai 4 orang anak hasil perkhawinan beliau. Walaupun beliau bekerja disektor kerajaan, beliau juga memulakan perniagaan menjual chocolate chocodap’s secara kecil-kecilan sejak 2 tahun yang lepas
Pada mulanya beliau hanya menjual secara kecil-kecilan sahaja Cuma menjadi “dropship” sahaja tetapi saban tahun jenama chocolate ini semakin diketahui oleh orang ramai. Beliau seorang yang rajin mencari wang saku lebih walaupun beliau bekerja dalam sektor kerajaan tidak semestinya wang gaji beliau dan suami cukup untuk perbelanjaan sekeluarga.Beliau juga sering mengikuti setiap aktiviti yang dilakukan di Pusat Internet.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Pada mulanya beliau sudah belajar secara online untuk mempromosikan produk yang dijual beliau oleh pengajar yang berbayar. Beliau seorang yang rajin menuntut ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan secara atas talian. Walaupun beliau belajar secara atas talian, beliau tidak begitu mahir dalam memperkembangkan perniagaan beliau di laman sesawang yang boleh meningkatkan perniagaan beliau.
Walaupun menjual secara atas talian, permintaan chocolate masih mendapat sambutan kepada kenalan-kenalan terdekat dan juga masyarakat setempat sahaja. sahaja Beliau sedar sekarang semuanya hanya dihujung jari. Sekarang terdapat pelbagai platform jualan secara atas talian seperti Shopee dan juga lazada. Beliau telah datang ke Pusat Internet untuk belajar cara untuk menjual di shopee untuk mengembangkan perniagaan beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Setelah beliau mengikuti bengkel Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet , beliau telah memasarkan produk beliau di platform shopee. Beliau sedar dengan memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Dengan menggunakan platform jualan di Shopee, beliau hanya perlukan masa beberpaa minit sahaja untuk mempromosikan jualan beliau dengan menekan butang “ boost now” dan Shopee akan membuat iklan secara automatik di platform Shopee. Dengan ada nya Platform Shopee ini, memudahkan kerja beliau dan juga turut mendapat pelanggan yang baru di serata negeri dan tidak semestinya rakan kenalan nya sahaja. Disamping itu, Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook,instagram dan juga “whatsapp story” .
Namun begitu, penjualan secara fizikal masih diteruskan kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara online. Setelah mempelajari serba sedikit selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan sebelum ini hanya sekitar RM1500-RM2000 tetapi dengan adanya platform Jualan di alam maya ini pendapatan beliau makin menaik lebih dari RM2000 keatas sebulan mengikut hasil jualan kebiasaanya.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI PI
- = Memasarkan produk melalui laman sosial seperti facebook & whatsapp story
- = Belajar menjual menggunakan laman membeli belah Shoppe.
- = Memasarkan produk melalui Myshop (Dashboard)
- = Kaedah mengambil gambar produk dengan betul
-
- = Mengetahui aplikasi telefon yang boleh mengubahsuai gambar.


-
- Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.
