PERNIAGAAN/PERUSAHAAN MAKANAN
| Nama | : Roziyah Binti Omar |
| Umur | : 42 tahun |
| Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Puan Roziyah pada asalnya bekerja sebagai Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela di Tabika Kemas Felda Padang Piol tetapi telah berhenti bekerja kerana baru mempunyai cahaya mata yang ketiga pada tahun ini. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti bekerja kerana ingin menjadi seorang surirumah tangga sepenuh masa dan menjaga anak bongsu beliau.Beliau merupakan anak peneroka di sini dan telah lama tinggal di sini bersama suami beliau. Disamping itu, beliau rajin membuat kerja tambahan dirumah untuk menambah pendapatan keluarga beliau. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang peniagaan. Sekarang beliau telah menjadi ‘junior agent chcocotainer’ yang menjual chocolate atau lebih dikenali sebagai snek sihat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya Puan Roziyah hanya menjual chocolate ini dengan kawan-kawan yang mengenalinya sahaja. Hal ini kerana beliau tidak menghebahkan apa yang dijual oleh beliau oleh masyarakat setempat. Pada mulanya perniaagaan beliau tidak lah mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk setempat kerana tidak diketahui oleh orang sekeliling, jadi beliau cuba untuk mempromosikan di dalam laman sosial seperti facebook dan juga di whatsapp.Memandangkan berlaku peningkatan permintaan, beliau mengambil kesempatan dengan menyertai program-program keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Padang Piol bagi menambah pengetahuan berkenaan pengurusan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook dan juga “whatsapp story” .Namun begitu, penjualan secara fizikal masih diteruskan kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara online. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan yang diperolehi sekarang ini sekitar RM200 dan keatas.
Apa yang dipelajari melalui PI
-Cara mempromosikan produk beliau di Facebook
- -Cara “copy&paste”setiap iklan yang diberikan di laman sosial.
- -Cara mempromosikan produk beliau di whatsapp dan whatsapp story
- -Cara edit gambar menggunakan applikasi di telefon bimbit beliau.
- -Memasarkan produk melalui Myshop (Dashboard)
- -Kaedah mengambil gambar produk dengan betul (Diajar cara untuk edit gambar menggunakan frame)
Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.