mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 1(Suku Tahun Kedua 2020) – Mohd Ikhmal Bin Mohamed Zahadi

ikhmal4

 

USAHAWAN MAKANAN

Nama : Mohd Ikhmal Bin Mohamed Zahadi
Umur : 24 tahun
Ahli : 2016

 

LATAR BELAKANG

Mohd Ikhmal merupakan anak peneroka di kawasan ini. Beliau berusia 24 tahun pada tahun ini. Beliau merupakan penuntut Universiti Putra Malaysia dan mengambil bidang dalam linguistik melayu.

Beliau merupakan seorang yang rajin berusaha untuk mencari wang saku dengan menjual pelbagai jenis produk yang diambil dari orang lain.Disebabkan pada tahun ini terjadinya wabak virus COVID-19 di seluruh dunia, pembelajaran untuk semua peringkat ditanggungkan dan diarahkan pulang ke kediaman masing-masing. Oleh sebab itulah beliau mengambil kesempatan dengan berniaga secara atas talian secara kecil-kecilan.

Beliau juga merupakan salah seorang bekas pelajar di Pusat Internet. Oleh kerana minatnya dalam bidang perniagaan, beliau mempelajari serba sedikit cara untuk mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih meluas.Beliau juga sering mengikuti setiap aktiviti yang dilakukan di Pusat Internet.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Pada mulanya beliau hanya menjual pada kenalan-kenalan beliau sahaja kerana ingin mencuba. Pada mulanya perniagaan beliau tidak lah mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk setempat kerana tidak diketahui oleh orang sekeliling, jadi beliau cuba untuk mempromosikan di dalam laman sosial seperti  facebook dan juga di whatsapp.

Selepas beliau cuba memasarkan produk tersebut melalui laman sosial seperti Facebook, beliau mendapati terdapat tempahan yang  banyak  terhadap makanan yang beliau menjual. Permintaan tersebut bukan sahaja dikalangan rakan-rakannya yang tinggal berhampiran, malah dari luar kawasan juga.  Memandangkan berlaku peningkatan permintaan untuk produk beliau, beliau mengambil kesempatan untuk belajar secara atas talian dengan petugas di pusat internet.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook dan juga “whatsapp story” .Namun begitu, penjualan secara fizikal masih diteruskan kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara online. Setelah mempelajari serba sedikit  selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan yang diperolehi sekarang ini sekitar RM200 dan keatas.

APA YANG DIPELAJARI MELALUI PI

  • = Memasarkan produk melalui laman sosial seperti facebook & whatsapp story
  • = Belajar menjual menggunakan laman membeli belah Shoppe.
  • = Memasarkan produk melalui Myshop (Dashboard)
  • = Kaedah mengambil gambar produk dengan betul

ikhmal3

ikhmal

 Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.