PERNIAGAAN MAKANAN
| Nama | : Rosmah Bt Shaari |
| Umur | : 46 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Pn Rosmah merupakan anak peneroka Felda Padang Piol dan beliau merupakan seorang kakitangan di Sekolah Kebangsaan Padang Piol dan bekerja sebagai pembantu pengurusan murid di Pra Sekolah. Beliau telah memulakan perniagaan santan sejak tahun 2017. Oleh kerana minat dalam bidang perniagaannya beliau telah mengembangkan perniagaannya iaitu gerai makanan ringan yang bersebelahan dengan kedai santan beliau yang baru beroperasi awal tahun ini 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Rosmah membuka kedai santan beliau pada tahun lepas 2017 di deretan kedai di Tunas Manja Jerantut dan pada awal tahun ini beliau dan suaminya membuka kedai makanan ringan bersebelahan dengan kedai santan mereka.Beliau dan suaminya mengeluarkan modal yang tinggi untuk membeli mesin pengupas kelapa dan mesin perahan santan untuk memulakan perniagaannya. Pada mulanya perniagaan beliau tidak mendapat sambutan kerana mempunyai pesaingan dan tidak lagi diketahui oleh orang ramai.
Sebelum ini penjualan santan dan makanan ringannya hanya melalui kedainya sahaja. Selepas beliau cuba memasarkan produk tersebut melalui laman sosial Facebook , beliau mendapati terdapat permintaan yang tinggi terhadap tempahannya. Permintaan tersebut bukan sahaja dikalangan rakan-rakannya yang tinggal berhampiran, malah dari luar kawasan juga seperti tempahan untuk asrama sekolah dan untuk kenduri. Beliau mengambil kesempatan dengan menyertai program-program keusahawanan anjuran Pusat Internet 1Malaysia Felda Padang Piol bagi menambah pengetahuan berkenaan pengurusan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook .Namun begitu, penjualan secara fizikal masih diteruskan kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara online. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI1M Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan yang diperolehi sekarang ini sekitar RM300.


Sebahagian produk yang dijalankan oleh beliau.
