PONDOK POLIS FELDA PADANG PIOL
Pondok Polis Felda Padang Piol terletak di lokasi strategik iaitu di tepi jalan utama Felda Padang Piol di mana keadaan ini memudahkan urusan penduduk setempat dan juga sekitar untuk membuat sebarang aduan. Pondok Polis ini telah mula beroperasi dari tahun 1980 sehinggalah sekarang. Bangunan Pondok Polis Felda Padang Piol yang di bina terdiri daripada 1 unit pejabat di samping 2 unit rumah kakitangan dan juga 1 unit lokap sementara.
Kewujudan Pondok Polis ini adalah bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman penduduk Felda Padang Piol dari sebarang ancaman jenayah. Sebarang aduan yang dilaporkan oleh penduduk sekitar akan segera di ambil tindakan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
ALAMAT :
PONDOK POLIS FELDA PADANG PIOL,
27040 JERANTUT,
PAHANG DARUL MAKMUR.
09-2668379
Rajah : Pandangan Depan Pondok Polis Felda Padang Piol