mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 2 (Suku Tahun Kedua 2019) – Muhammad Saufi Bin Bakar

6

PERNIAGAAN/PERUSAHAAN PEMBUATAN PERABOT

Nama : Muhammad Saufi Bin Abu Bakar
Umur : 27 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Encik Saufi Bin Bakar merupakan seorang anak peneroka di sini. Beliau berumur 27 tahun dan masih belum berkahwin. Sebelum beliau menetap di sini, beliau telah mula berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan di sana dan apabila bertahun di perantauan beliau mengambil keputusan untuk berada di kampung halaman untuk membuka sebuah perniagaan di sini. Beliau merupakan graduan dari UiTM didalam jurusan “Diploma in Art & Design ( Graphic & Media Studies )”.Oleh sebab berminat dalam bidang “art & design” beliau mengambil keputusan untuk bermula akan perniagaan sebagai pengusaha & pembuatan perabot seperti Gazebo, Pondok kayu, tempat duduk dan lain-lain lagi secara kecilan.Untuk memulakan perniagaan seperti ini beliau memerlukan modal  yang besar untuk memulakan perniagaan ini. Oleh kerana minat yang sangat mendalam dalam bidang ini, beliau telah membuat pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat(MARA) untuk perniagaan ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Encik Saufi pada mulanya memulakan perniagaan seperti biasa dirumahnya sendiri. Beliau mengedar risalah-risalah yang dibuat oleh beliau di sekitar kawasan sini dan juga di kampung-kampung lain. Beliau sedar untuk berjaya dalam sesuatu perkara  bukanlah mudah. Beliau juga mencuba nasib menghantar rekabentuk(design) di kedai-kedai yang bersesuaian. Pada masa itu, beliau cuma menunggu jika ada tempahan dari pelangan yang mahukan. Beliau sedar sekarang merupakan dunia teknologi maklumat, semuanya hanya dihujung jari sahaja. Oleh itu,beliau memasarkan produk beliau di laman sesawang facebook beliau dengan meletak gambar-gambar yang beliau jual dan selepas itu ramai kawan-kawan beliau komen akan gambar produk yang beliau jual dan terus mendapat sambutan.

 Beliau sedar, pada zaman yang serba moden ini, internet sangat penting untuk kehidupan harian. Oleh itu beliau mengambil masa yang terluang dengan mempelajari daripada Petugas Pusat Internet akan cara-cara untuk memasarkan produknya dengan menyertai latihan keusahawanan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran beliau .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook sahaja. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas Pusat Internet  Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Beliau juga diajar untuk mempromosikan di dalam “group facebook” supaya lebih diketahui oleh masyarakat yang berdekatan.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

  • 1.Membina blog/Facebook
  • 2.Cara mempromosikan produk beliau di Facebook
  • 3.Memasarkan produk melalui Myshop (Dashboard Komuniti)
  • 4.Kaedah mengambil gambar produk dengan betul

 

Muhammad Saufi  ketika sesi latihan Keusahawanan di Pusat Internet.

Capture

12

saufi1

Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.