mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan 1 (Suku Tahun Keempat 2018) – Nor Sumaiyah Binti Kamaruddin

SKT2

PERNIAGAAN KECANTIKAN/SALON

Nama : Nor Sumaiyah Bt Kamaruddin
Umur : 24 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Sumaiyah merupakan  seorang anak peneroka di sini. Beliau mempunyai cita-cita tinggi untuk memajukan perniagaannya walaupun pada usia yang muda. Keluarga beliau merupakan penternak ikan patin  yang berjaya di kawasan ini dan di sekitar Jerantut. Oleh kerana minat dalam bidang perniagaan dan mendapat sokongan dari keluarganya, beliau telah  menyewa lot kedai di Felda Padang Piol dengan membuka saloon kecantikan yang diberi nama sebagai SKT SALOON. Beliau juga mempunyai rakan perniagaan yang dikongsi bersama-sama beliau untuk memajukan perniagaan mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebagai seorang yang  berkecimpung di dalam dunia perniagaan spa muslimah & saloon, beliau menyedari akan pentingnya kegunaan internet pada masa kini.Pelbagai cara yang dibuat oleh masyarakat zaman sekarang untuk memajukan perniaagan mereka dengan menggunakan internet sahaja. Sebelum ini, beliau hanya  berada  dikedai sahaja. Segala aktiviti perniagaannya dilakukan secara konvensional sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas beliau mempelajari dari pusat Internet, beliau  cuba meluaskan  dan memasarkan servis-servis yang  ada dia spa muslimah beliau di  laman sosial seperti  Facebook, Whatsapps story & Instagram, dan beliau mendapati terdapat permintaan dari rakan-rakan dan orang luar.  Bagi beliau memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga.. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook dan setiap aplikasi yang ada untuk menarik minat penduduk setempat dan juga orang lain. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas Pusat Internet Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya di dalam dunia perniagaan. Keuntungan yang diperolehi sekarang ini sekitar RM 400 keatas.

skt4

skt5

Sebahagian produk/hasil transformasi yang dijalankan oleh beliau.