mcmc
Makanan

The Kabinz Cafe & Restaurant Jerantut

‘One stop centre, The Kabinz dibina dua tingkat dan dibuka pada jam 5 petang hingga 1 pagi.Jika anda peminat patin dan tempoyak, anda tidak harus melepaskan peluang mencuba juadah patin tempoyak kukus di The Kabinz, Jerantut.

The Kabinz mungkin menjadi satu-satunya restoran yang menyediakan juadah itu di daerah ini yang kebiasaannya dimasak gulai atau bakar pais tempoyak.Selain patin, pengunjung restoran itu juga boleh memilih ikan talapia sebagai alternatif mengikut selera masing-masing.

Tidak hanya itu, bagi mereka yang kurang menggemari ikan sungai, masih boleh memilih ayam sebagai pilihan.