mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Suku Tahun Ke-4 2017) – Noraini Bt Daud

IMG 2059

 PENGEDAR BARANGAN KESIHATAN

Nama : Noraini Binti Daud
Umur : 41 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Pn. Noraini merupakan seorang jururawat di Klinik Kesihatan Felda Padang Piol dan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Beliau juga meminati dalam bidang keusahawanan dengan menjual produk-produk kesihatan selepas waktu bekerja.Walaupun dalam bidang perniagaan ini,beliau juga amat mementingkan tugas beliau sekarang iaitu sebagai jururarawat untuk masyarakat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn. Noraini bermula dengan perniagaan produk kesihatan secara kecil-kecilan dengan menjual produk ini kepada rakan rakan sekerja di tempat beliau bekerja dan sekitarnya. Setelah mereka mencuba produk kesihatan dari Pn Noraini dan mendapat maklum balas yang baik,beliau mendapat idea untuk memasarkan selain dari kawasan setempat.

Sebelum ini aktiviti jualan dilakukan secara konvensional sahaja.Selepas beliau cuba memasarkan produk tersebut melalui laman social Facebook, beliau mendapati terdapat permintaan terhadap produknya. Permintaan tersebut bukan sahaja dikalangan rakan-rakannya yang tinggal berhampiran, malah dari luar daerah juga.  Memandangkan berlaku peningkatan permintaan, beliau mengambil kesempatan dengan menyertai program-program keusahawanan anjuran Pusat Internet  Felda Padang Piol bagi menambah pengetahuan berkenaan pengurusan produk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau merasakan dengan memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini laman sosial .Namun begitu, aktiviti demonstrasi produk masih diteruskan bertujuan meyakinkan pelanggan yang ingin menggunakan produk tersebut. Penjualan secara fizikal akan diteruskan juga kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara atas talian. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas Pusat Internet Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan yang diperolehi sekarang ini sekitar RM 300.

Pn. Noraini salah seorang peserta program keusahawanan yang dianjurkan oleh PI1M Felda Padang Piol.

ivmist1

anie dau 1

Sebahagian daripada produk jualan.

Anie daud

Promosi melalui media sosial.