mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Suku Tahun Ke-2 2017) – Puan Norsuriati Binti Ali

11.jpg

 KEDAI SERBANIKA

Nama : Norsuriati Binti Ali
Umur : 38 tahun
Ahli : 2013

 

Latar belakang

Pn. Suriati merupakan seorang suri rumah sepenuh dan ibu kepada 2 orang cahaya mata. Beliau telah menyewa sebuah lot kedai di Felda Padang Piol dan menjual pelbagai barangan dan perkhidmatan secara kecil-kecilan. Antaranya adalah jualan makanan “Chicken Chop Bajet”, menjahit, perkhidmatan dobi, barangan kesihatan dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn. Suriati bermula dengan perniagaan makanan secara kecil-kecilan dengan membuka meja jualan di tepi jalan beberapa tahun lepas. Selepas beberapa ketika, beliau mendapat idea untuk menambah barangan jualan seperti produk kesihatan, produk tempatan seperti bantal kekabu dan lain-lain lagi.

Sebelum ini aktiviti jualan dilakukan secara konvensional sahaja.Selepas beliau cuba memasarkan produk tersebut melalui laman social Facebook, beliau mendapati terdapat permintaan terhadap produknya. Permintaan tersebut bukan sahaja dikalangan rakan-rakannya yang tinggal berhampiran, malah dari luar daerah juga.  Memandangkan berlaku peningkatan permintaan, beliau mengambil kesempatan dengan menyertai program-program keusahawanan anjuran Pusat Internet  Felda Padang Piol bagi menambah pengetahuan berkenaan pengurusan produk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Memasarkan produk menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dan tenaga. Beliau hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sehari untuk mengemaskini Facebook .Namun begitu, penjualan secara fizikal masih diteruskan kerana ketika inilah peluang untuk mempromosikan kaedah jualan secara online. Setelah mempelajari sedikit sebanyak selok-belok jualan produk secara online daripada petugas PI Felda Padang Piol, barulah beliau yakin bahawa tidak mustahil untuk usahawan di luar bandar untuk berjaya membuat jualan secara atas talian. Keuntungan yang diperolehi sekarang ini sekitar RM1000.

 

 Puan Suriati bersama barang jualan.